Allah
Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan
langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan
bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu
direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian
manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10
akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
Atas
kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita.
Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki;
contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat
malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu,
habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka
mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara.
Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.
Begitulah
kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada
masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas,
bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan
akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa
masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.
Wanita
yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah
hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala
dadah.
Kata
orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir
berkubur. Apa tindakan kita sekarang?
"Ilmu
itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan
engkau menjaga harta.
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan."
-Saidina Ali bin Abi Talib
No comments:
Post a Comment