Alhamdulillah,
kami panjatkan rasa syukur ini kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurniaNya, dapat kami merealisasikan suatu wadah atau wasilah dalam blog ini
yang dinukilkan sebagai MAN JADDA WAJADA. Penjenamaan blog Man Jadda Wajada iaitu siapa berusaha, dia berjaya. Ini
merupakan suatu titik tolak kesinambungan atas prinsip budaya ilmu untuk
menzahirkan cetusan minda yang bersifat proaktif, inovatif, kreatif dan kritis
yang boleh menjana tingkahlaku pembaca sebagai modal insan dan berupaya
memangkin pembangunan negara serta jati diri anak bangsa tercinta.
Tentu dalam lubuk
hati pembaca tertanya-tanya mengapa kami nukilkan Man Jadda Wajada sebagai ilustrasi blog kami. Inilah realitinya, kita sebagai insan pastinya mempunyai pelbagai
masalah seperti kekangan masa, batasan tempat, kelemahan daya celek ICT,
kesibukan tugas dan sebagainya. Tetapi disebabkan konsep siapa berusaha, dia berjaya kami gagahkan diri demi menyahut cabaran ini untuk menyumbang tradisi
percambahan ilmu sebagai medan perbicaraan ihmiah di alam maya yang bergerak pantas dan pintas.
Oleh sebab itu
atas dasar pengkongsian budaya ilmu, dengan
sedikit kekuatan dan ihtizam yang kami dokong, kami ketepikan semua halangan yang mengongkong demi merealisasikan
impian untuk bersama-sama menbangunkan letusan
pemikiran bahawa tiada yang sukar dalam
menjayakannya sesuatu sekiranya minda fikiran sentiasa terbuka merentasi
sempadan globalisasi ilmu yang sentiasa berubah.. Biarlah dalam proses
penghasilan blog ini, kami berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Jutaan terima kasih atas segala pandangan yang
mungkin dinukilkan oleh para pembaca
atau follower dalam blog ini demi
menjana kelestarian ilmu yang sentiasa
berubah dan merentas sempadan.
No comments:
Post a Comment