Soalan; 1) saya ingin bertanya apa
hukum kalau saya buat tempat letak kereta berbumbung untuk kegunaan
persendirian dan family saya sahaja diatas tanah rizab jalan (dlm taman
perumahan).
Jawapan;
Bismillah. Diboleh mengguna/memanfaat tanah milik kerajaan atau awam dengan beberapa syarat:
1. Tidak terdapat larangan dari pihak kerajaan atau pengurusan awam, kerana mentaati ulil-amri bagi arahan yang tidak menyalahi Syariat adalah wajib. Firman Allah (bermaksud); "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" (surah an-Nisa', ayat 59).
2. Tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai, seperti mengganggu laluan orang ramai atau sebagainya. Sabda Nabi: "Jangan melakukan kemudaratan (kepada orang lain) dan jangan saling memudaratkan" (Sunan Ibnu Majah; 2340, hadis soheh).
3. Bersedia menyerahkannya kembali bila diperlukan kerajaan atau orang ramai. Ia seperti meminjam barang milik orang lain, bila dituntut oleh tuan empunyanya, wajiblah kita memulangkannya.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment